Pendaftaran Pusat Jagaan
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
- Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan/Pendaftar Pertubuhan
- Mengisi Borang Jadual P.U.(A) 248 Akta Pusat Jagaan 1993
- Borang boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan percuma.
- Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan untuk mengisi borang ini.
- Kelulusan dari 3 agensi teknikal
Pihak Berkuasa Tempatan
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jabatan Kesihatan(Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan) - Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.(ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
- Jadual aktiviti harian
- Jadual menu
- Senarai aktiviti bersama ibubapa
- Wang Pos/ cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM10.00)(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan bahawa permohonan telah lengkap)
No comments:
Post a Comment